Peraturan Tetap Sukan Sabah

DEFINISI

  1. ‘SUKAN SABAH” adalah berkonsepkan kejohanan beraneka jenis sukan (multi sports competition) yang diadakan dwi tahunan dan diadakan berseleng seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA).
  2. ‘JAWATANKUASA INDUK’ bermaksud Jawatankuasa Tertinggi SUKAN SABAH yang dipengerusikan oleh Y.B.  Menteri  Belia dan Sukan Sabah.
  3. ‘JAWATANKUASA PENGELOLA / PELAKSANA’ dipengerusikan oleh Setiausaha Tetap, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, jika kejohanan tersebut diadakan di Kota Kinabalu dan Pengerusi Bersama dengan Presiden Majlis Perbandaran atau Pegawai Daerah jika diluar Kota Kinabalu.
  4. JAWATANKUASA TETAP PERINGKAT DAERAH’ bermaksud Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Presiden, Pegawai Daerah atau Penolong Pegawai Daerah atau mana-mana yang sesuai
  5. ‘PENGERUSI’ bermaksud Pengerusi Jawatankuasa Induk”.

 

PRINSIP-PRINSIP ASAS

  1. ‘SUKAN SABAH’ adalah satu acara Pembangunan Sukan Negeri Sabah di bawah anjuran Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
  2. ‘SUKAN SABAH’ akan diperhitungkan mulai daripada ‘SUKAN SABAH’ pertama yang berlangsung pada tahun 2003.
  3. Arahan pengelolaan ‘SUKAN SABAH’ terletak kepada Jawatankuasa Induk.

 

PERATURAN PENGELOLAAN

  1. Jawatankuasa Induk akan menetapkan tarikh, Zon/Daerah dimana ‘SUKAN SABAH’ berikutnya akan diadakan. Zon/Daerah yang diamanahkan bagi mengelola ’SUKAN SABAH’ adalah  bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Pengelola bagi mengendalikannya.
  2. ‘SUKAN SABAH’ hendaklah diadakan dua (2) tahun sekali berselang-seli dengan SUKAN MALAYSIA.

  3. Tempoh perlaksanaan ‘SUKAN SABAH’ hendaklah tidak melebihi 6 hari termasuk masa untuk acara perasmian dan penutupan.

  4. Jawatankuasa Tetap akan menetapkan jumlah dan jenis sukan yang akan dipertandingkan dalam ‘SUKAN SABAH’.

  5. Jemputan untuk menyertai ‘SUKAN SABAH’ hendaklah dihantar oleh Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana atas arahan Jawatankuasa Induk  selaras dengan Seksyen  3.7 (d).

  6. Semua dokumen seperti kad-kad jemputan, borang penyertaan, borang-borang teknik, program dan sebagainya, dicetak, diukur atau yang digunakan sewaktu ‘SUKAN SABAH’ mahupun lencana hendaklah melahirkan atau menggambarkan SIRI BILANGAN SUKAN SABAH dan nama Zon / Daerah di mana berlangsungnya ’SUKAN SABAH’.

 

PENETAPAN BILANGAN DAN JENIS SUKAN

  1. Jumlah dan jenis-jenis sukan yang akan dipertandingkan ditentukan oleh Jawatankuasa Tetap dengan mengambilkira kepada keperluan pembangunan sukan.

 

KAD PENGENALAN DIRI

  1. Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana hendaklah mengeluarkan Kad Pengenalan Diri SUKAN SABAH kepada pegawai-pegawai dan atlet yang didaftarkan mengikut Peraturan Am SUKAN SABAH dan kepada tetamu-tetamu khas yang diiktiraf (accredited) oleh Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana.
  2. Pengeluaran Kad Pengenalan Diri hendaklah dikeluarkan mengikut kategori yang ditetapkan seperti berikut:-

    Merah (A)
    AX      -     Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Induk
    AXX    -     Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Pengelola  
    AY      -    Ketua Kotinjen
    AYY    -    Presiden, Persatuan Sukan Negeri

Biru (B)
BX       -           Pegawai-pegawai sukan seperti berikut:

a.        -           Doktor

           -           Pengurus Pasukan

           -           Jurulatih

b.        -            Pegawai Teknikal seperti Pengadil, Hakim, Ahli Juri,  Penjaga Masa dan sebagainya.

Kuning (C)
i.          -           Atlet-atlet yang mengambil bahagian.

Hijau (D)

i.           -          Pembantu-pembantu dan sebagainya seperti Penyambut Tetamu, Kerani-kerani dan sebagainya.

Putih (E)

i.           -           Para media massa yang berkenaan.

Di semua tempat pertandingan hendaklah disediakan tempat duduk khas bagi pegawai atau tetamu khas yang memegang Kad Pengenalan Diri Kategori Kad A (Merah) dan kepada Pemberita Akhbar yang memegang Kad Pengenalan Diri dalam Kategori E (Putih).

 

PINDAAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

Semua undang-undang, Peraturan Tetap dan Peraturan Am SUKAN SABAH hanya boleh dipinda setelah dibincang dan dipersetujui Jawatankuasa Induk sahaja.

 

Countdown SUKAN SABAH SAGA VII 2015

Keputusan Terkini SAGA VII 2015

  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘E’ 65kg-70kg
    EMAS
    Tambunan
    PERAK
    Keningau
    GANGSA
    Nabawan
    Kota Marudu
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERI - Kelas ‘C’ 55kg-60kg
    EMAS
    Beaufort
    PERAK
    Lahad Datu
    GANGSA
    Keningau
    Tambunan
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatSilat Seni (Jurus Wajib) Puteri
    EMAS
    Lahad Datu
    PERAK
    Tawau
    GANGSA
    Sandakan
  • 2 years 4 months ago
    Bola SepakBerpasukan Lelaki
    EMAS
    Lahad Datu
    PERAK
    Keningau
    GANGSA
    Kota Marudu
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘J’ 90kg-95kg
    EMAS
    Tuaran
    PERAK
    Lahad Datu
    GANGSA
    Kota Marudu
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘I’ 85kg-90kg
    EMAS
    Kota Belud
    PERAK
    Tawau
    GANGSA
    Sipitang
    Tuaran
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘H’ 80kg-85kg
    EMAS
    Sandakan
    PERAK
    Sipitang
    GANGSA
    Tuaran
    Lahad Datu
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘G’ 75kg-80kg
    EMAS
    Keningau
    PERAK
    Tuaran
    GANGSA
    Tawau
    Kinabatangan
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘F’ 70kg-75kg
    EMAS
    Keningau
    PERAK
    Nabawan
    GANGSA
    Sandakan
    Tawau
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERI - Kelas ‘E’ 65kg-70kg
    EMAS
    Putatan
    PERAK
    Ranau
    GANGSA
    Keningau
  • 2 years 4 months ago
    Boling PadangBerempat (Fours) Wanita
    EMAS
    Sandakan
    PERAK
    Nabawan
    GANGSA
    Keningau
    Tawau
  • 2 years 4 months ago
    Boling PadangPerseorangan (Singles) Wanita
    EMAS
    Keningau
    PERAK
    Sandakan
    GANGSA
    Kota Kinabalu
    Nabawan
  • 2 years 4 months ago
    Boling PadangBertiga (Triples)
    EMAS
    Beaufort
    PERAK
    Nabawan
    GANGSA
    Papar
    Kota Belud
  • 2 years 4 months ago
    Boling PadangBergu (Pairs) Lelaki
    EMAS
    Nabawan
    PERAK
    Kota Kinabalu
    GANGSA
    Sandakan
    Keningau
  • 2 years 4 months ago
    Bola KeranjangBerpasukan Lelaki
    EMAS
    Kota Kinabalu
    PERAK
    Tawau
    GANGSA
    Kinabatangan
  • 2 years 4 months ago
    Sepak TakrawAntara Regu (Bertiga) Wanita
    EMAS
    Tongod
    PERAK
    Nabawan
    GANGSA
    Kudat
    Kota Marudu
  • 2 years 4 months ago
    Sepak TakrawAntara Regu (Bertiga) Lelaki
    EMAS
    Papar
    PERAK
    Keningau
    GANGSA
    Kinabatangan
    Nabawan
  • 2 years 4 months ago
    HokiBerpasukan Wanita
    EMAS
    Keningau
    PERAK
    Tawau
    GANGSA
    Kota Belud
  • 2 years 4 months ago
    HokiBerpasukan Lelaki
    EMAS
    Keningau
    PERAK
    Sandakan
    GANGSA
    Tawau
  • 2 years 4 months ago
    BadmintonPerseorangan Lelaki
    EMAS
    Papar
    PERAK
    Kota Marudu
    GANGSA
    Tawau