Info Sukan Sabah SAGA

“SUKAN SABAH” adalah berkonsepkan kejohanan beraneka jenis sukan (multi sports competition) yang diadakan dwi tahunan dan diadakan berselang seli dengan Sukan Malaysia (SUKMA). Penyertaan adalah terbuka kepada Warga Negara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah yang berumur 20 tahun ke bawah untuk kategori SUKMA;

Diantara objektif  Sukan Sabah ( SAGA )  adalah seperti berikut:-

  • Untuk mencungkil dan mempertengahkan lebih ramai lagi atlet berpotensi dari semua daerah untuk mewakili bidang sukan di mana Negeri Sabah yang sedang menyerlah di Peringkat Sukan Malaysia (SUKMA);
  • Memberi peluang kepada atlet-atlet remaja di luar bandar untuk menyertai kejohanan peringkat Negeri di samping menggalakkan pembangunan sukan secara berterusan;
  • Memberi peluang dan pendedahan kepegawaian (pentadbir, Pegawai Teknik, Jurulatih, dan sebagainya);
  • Menggalakkan penggunaan kemudahan sukan yang sedia ada di peringkat akar umbi seterusnya membudayakan sukan ke arah melahirkan masyarakat yang cergas, cerdas, dan berdaya saing;
  • Menggalakkan dan memberi peluang kepada daerah untuk menjadi Tuan rumah Kejohanan Peringkat negeri disamping menyumbang kepada perkembangan aktiviti ekonomi di daerah berkenaan;
  • Menggalakkan penumbuhan persatuan/kelab sukan di peringkat daerah;
  • Untuk memberi tumpuan kepada aspek Pembangunan Atlet Remaja, di Negeri Sabah selaras dengan objektif Program Pembangunan Atlet Remaja Kebangsaan kelolaan Majlis Sukan Negara Malaysia;

 

Penyertaan Daerah

Sejumlah 26 daerah telah menyertai Sukan Sabah ( SAGA ). Setiap daerah akan menghantar satu kontinjen yang akan menyertai semua acara yang pertandingkan. Daerah-daerah adalah seperti berikut:-

  1. Bandaraya Kota Kinabalu
  2. Perbandaran Sandakan
  3. Perbandaran Tawau
  4. Daerah Kudat
  5. Daerah Beaufort
  6. Daerah Kota Marudu
  7. Daerah Nabawan
  8. Daerah Sipitang
  9. Daerah Putatan
  10. Daerah Lahad Datu
  11. Daerah Beluran
  12. Daerah Kota Belud
  13. Daerah Kuala Penyu
  14. Daerah Penampang
  15.  Daerah Papar
  16. Daerah Keningau
  17. Daerah Pitas
  18. Daerah Tambunan
  19. Daerah Tenom
  20. Daerah Tuaran
  21. Daerah Ranau
  22. Daerah Semporna
  23. Daerah Kunak
  24. Daerah Kinabatangan
  25. Daerah Tongod
  26. Daerah Telupid

 

BENDERA DAN LOGO

 

  1. Logo ‘SUKAN SABAH’ adalah seperti lampiran yang disertakan.
  2. Bendera ‘SUKAN SABAH’ hendaklah dikibarkan bersama-sama dengan Bendera Zon / Daerah di tempat-tempat pertandingan, perkampungan Sukan dan lain-lain tempat yang sesuai.
  3. Bendera Zon / Daerah hendaklah dikibarkan disemua tempat pertandignan dan di Perkampungan Sukan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana.
  4. Satu batang tiang bendera bagi bendera SUKAN SABAH hendaklah disediakan di atas rumput di dalam Stadium Utama diadakan dan hendaklah dikibarkan sepanjang tempoh  SUKAN SABAH yang diadakan.

 

PENAJAAN DAN KUTIPAN DERMA

  1. Lambang atau Logo SUKAN SABAH tidak boleh digunakan bagi maksud perniagaan kecuali dengan kebenaran Jawatankuasa Induk.
  2. Setiap zon / daerah dan Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana boleh memasukkan ciri-ciri Logo SUKAN SABAH untuk menghasilkan rekabentuk Logo SUKAN SABAH yang berkenaan.
  3. Jawatankuasa Induk mempunyai hak milik penuh ke atas SUKAN SABAH dan juga eksplotasi promosi dan penyiaran.
  4. Semua rundingan penajaan di peringkat negeri serta hak penyiaran TV dan Radio hendaklah dibuat bersama antara Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana, Jawatankuasa Induk dan pihak penaja.

 

PENETAPAN BILANGAN DAN JENIS SUKAN

  1. Jumlah dan jenis-jenis sukan yang akan dipertandingkan ditentukan oleh Jawatankuasa Tetap dengan mengambilkira kepada keperluan pembangunan sukan.

 

UPACARA PEMBUKAAN

 

  1. Upacara Majlis Perasmian Pembukaan akan disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sabah.
  2. Upacara Majlis Perasmian Penutupan akan disempurnakan oleh YB Menteri Belia dan Sukan Sabah. Walau bagaimanapun ketetapan boleh diputuskan oleh Jawatankuasa Induk.

 

UPACARA KEMENANGAN

Pingat-pingat kemenangan akan dihadiahkan kepada pemenang-pemenang sebaik sahaja selesai acara sesuatu pertandingan di tempat berlangsungnya pertandingan berkenaan.  Pemenang pertama berdiri di tengah-tengah pemenang kedua di kanannya dan pemenang ketiga di kirinya.

 

PINGAT KEMENANGAN

  1. Pingat kemenangan untuk SUKAN SABAH hendaklah disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana dan ia mestilah di dalam bentuk medal sahaja. 
  2. Bagi acara Individu dan Pasukan, pemenang pertama akan memenangi medal emas, pemenang kedua akan memenangi medal perak dan pemenangan ketiga akan memenangi medal gangsa.
  3. Sekiranya Jawatankausa Induk / Jawatankausa Tetap membuat keputusan pertandingan mesti dijalankan atas sebab-sebab yang perlu dan munasabah walaupun penyertaan tidak mencukupi 6/4 peserta / pasukan, medal kemenangan individu dan berpasukan akan diberikan mengikut peraturan berikut:-
  4. Sukan-sukan selain daripada seni mempertahankan diri (combat sports).
    • 4 peserta / pasukan dan lebih: Emas, Perak dan Gangsa.
    • 3 peserta / pasukan: Emas dan Perak sahaja.
    • 2 peserta / pasukan: Emas sahaja.
    • Peserta / pasukan yang tewas di peringkat separuh akhir akan bertarung untuk menentukan pingat gangsa.
  5. Sukan-sukan seni mempertahankan diri:-
    • 4 peserta dan lebih: Emas, Perak dan Gangsa.
    • 3 peserta : Emas dan Perak sahaja.
    • 2 peserta: Emas sahaja.
    • Kedua-dua perserta yang tewas diperingkat separuh akhir secara otomatik akan menerima pingat gangsa.
  6. Setiap peserta yang didaftarkan di dalam acara yang dimenangi adalah layak untuk menerima medal kemenangan.

 

PIALA PUSINGAN

  1. Jawatankuasa Pengelola / Pelaksana akan menyediakan piala-piala pusingan dan piala-piala iringan bagi anugerah seperti berikut:-
    • Johan Keseluruhan
    • Atlet Lelaki Terbaik.
    • Atlet Wanita Terbaik.
  2. Pemilihan Johan Keseluruhan adalah berdasarkan kepada perolehan Pingat Emas terbanyak yang dikumpulkan oleh sesebuah kontinjen.

Countdown SUKAN SABAH SAGA VII 2015

Keputusan Terkini SAGA VII 2015

  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘E’ 65kg-70kg
    EMAS
    Tambunan
    PERAK
    Keningau
    GANGSA
    Nabawan
    Kota Marudu
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERI - Kelas ‘C’ 55kg-60kg
    EMAS
    Beaufort
    PERAK
    Lahad Datu
    GANGSA
    Keningau
    Tambunan
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatSilat Seni (Jurus Wajib) Puteri
    EMAS
    Lahad Datu
    PERAK
    Tawau
    GANGSA
    Sandakan
  • 2 years 4 months ago
    Bola SepakBerpasukan Lelaki
    EMAS
    Lahad Datu
    PERAK
    Keningau
    GANGSA
    Kota Marudu
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘J’ 90kg-95kg
    EMAS
    Tuaran
    PERAK
    Lahad Datu
    GANGSA
    Kota Marudu
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘I’ 85kg-90kg
    EMAS
    Kota Belud
    PERAK
    Tawau
    GANGSA
    Sipitang
    Tuaran
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘H’ 80kg-85kg
    EMAS
    Sandakan
    PERAK
    Sipitang
    GANGSA
    Tuaran
    Lahad Datu
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘G’ 75kg-80kg
    EMAS
    Keningau
    PERAK
    Tuaran
    GANGSA
    Tawau
    Kinabatangan
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERA - Kelas ‘F’ 70kg-75kg
    EMAS
    Keningau
    PERAK
    Nabawan
    GANGSA
    Sandakan
    Tawau
  • 2 years 4 months ago
    Pencak SilatPUTERI - Kelas ‘E’ 65kg-70kg
    EMAS
    Putatan
    PERAK
    Ranau
    GANGSA
    Keningau
  • 2 years 4 months ago
    Boling PadangBerempat (Fours) Wanita
    EMAS
    Sandakan
    PERAK
    Nabawan
    GANGSA
    Keningau
    Tawau
  • 2 years 4 months ago
    Boling PadangPerseorangan (Singles) Wanita
    EMAS
    Keningau
    PERAK
    Sandakan
    GANGSA
    Kota Kinabalu
    Nabawan
  • 2 years 4 months ago
    Boling PadangBertiga (Triples)
    EMAS
    Beaufort
    PERAK
    Nabawan
    GANGSA
    Papar
    Kota Belud
  • 2 years 4 months ago
    Boling PadangBergu (Pairs) Lelaki
    EMAS
    Nabawan
    PERAK
    Kota Kinabalu
    GANGSA
    Sandakan
    Keningau
  • 2 years 4 months ago
    Bola KeranjangBerpasukan Lelaki
    EMAS
    Kota Kinabalu
    PERAK
    Tawau
    GANGSA
    Kinabatangan
  • 2 years 4 months ago
    Sepak TakrawAntara Regu (Bertiga) Wanita
    EMAS
    Tongod
    PERAK
    Nabawan
    GANGSA
    Kudat
    Kota Marudu
  • 2 years 4 months ago
    Sepak TakrawAntara Regu (Bertiga) Lelaki
    EMAS
    Papar
    PERAK
    Keningau
    GANGSA
    Kinabatangan
    Nabawan
  • 2 years 4 months ago
    HokiBerpasukan Wanita
    EMAS
    Keningau
    PERAK
    Tawau
    GANGSA
    Kota Belud
  • 2 years 4 months ago
    HokiBerpasukan Lelaki
    EMAS
    Keningau
    PERAK
    Sandakan
    GANGSA
    Tawau
  • 2 years 4 months ago
    BadmintonPerseorangan Lelaki
    EMAS
    Papar
    PERAK
    Kota Marudu
    GANGSA
    Tawau